Bumi
Ibu bumi yang didiami oleh kami,manusia dan makluk lain adalah berluas (permukaan) 510.073 juta km2 .Seperti yang diketahui,bumi kita boleh dibahagi kepada dua jenis permukaan, Darat dan Lautan. Darat,iaitu permukaan bumi yang tidak dilitupi oleh air, berluas (permukaan) sebanyak 148.94 juta km2 ,iaitu sebanyak 29.2% daripada surface area keseluruhan bumi. Manakala ,untuk lautan ,iaitu laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar, berluas (permukaan) sebanyak 361.132 juta km2 ,iaitu sebanyak 70.8% daripada surface area keseluruhan bumi.
Tanah Daratan
Terdapat 7 benua, iaitu tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi. Mereka ialah Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Eropah, Oceania. Dalam asia, boleh lagi kami bahagikan kepada , Asia Utara, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Timur, Asia Barat dan Asia Timur lagi kepada Asia Tenggara Dan Asia Timur Laut. Di Asia Tenggara, terdapatlah Negara-negara seperti Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan di sini letaklah Negara yang kita cintai, Malaysia. Untuk pengetahuan saudara dan saudari,Timor Leste ialah sebuah Negara yang bersempadan dengan Negara Indonesia, Negara Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002. Apabila negara ini menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002, negara ini mahu dikenali sebagai Timor Leste
Jenis Daratan
Terdapat beberapa jenis daratan yang boleh dibahagikan kepada di Negara Malaysia Kami, iaitu Pulau, Banjaran, Gunung, Bukit, Tanjung dan Teluk.
Pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Gugusan kepulauan dinamakan kepulauan. Secara ringkas, Artikel 121 mentakrifkan pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia. Contohnya,Pulau Pinang,Pulau Redang,Pulau Tioman.
Banjaran titiwangsa
Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.Beberapa buah gunung dilihat kelihatan ada siri atau ada deretan. Sesetengah banjaran menjadi garisan sempadan antara negara, sempadan antara negeri atau sempadan antara daerah. Contohnya di Banjaran Bintang di Perak, di atasnya ada Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m), Gunung Ulu Jernih (1577 m) dan lain-lain gunung dan bukit yang lebih rendah.
Tanah Tinggi Cameron dan Genting yang terletak di banjaran titiwangsa
Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar.Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung.Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan.Banjaran gunung Alps merupakan banjaran gunung yang terbesar di eropah dianggap masih muda.Ini dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.Tinggi gunung pada umumnya diukur dari ars laut, dengan itu menjadikan gunung Everest 8,848 meter (29,028 kaki) tertingi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung di ambil dari kaki gunung hingga ke puncak, gunung Mauna Kea di Hawai yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi. Bukit adalah lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung.
Gunung Everest
Gunung Kinabalu
Bukit Bendera
Tanjung ialah bahagian daratan yang menganjur ke laut kerana batuan keras tidak dapat dihakis oleh ombak laut.
Bahagian yang bersebelahan dengan tanjung ialah teluk.Teluk ialah bahagian pantai yang landai dan dihakis oleh ombak laut.
Lautan
Seperti yang dinyatakan, terdapat 2 jenis permukaan bumi iaitu permukaan darat dan permukaan air atay dikenali sebagai lautan. Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar. Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam, gas dan bahan-bahan terlarut lain. Permukaan air itu boleh dibahagikan kepada 5 lautan, iaitu Lautan Artik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Selatan.
Lautan Mati
Laut Kaspia (bahasa Inggeris:Laut Caspian) merupakan sebuah laut yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, dan oleh itu turut digelar tasik terbesar di dunia atau lautan mati. Oleh sebab airnya masin, ia mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, %, 3 kali ganda melebihi kemasinan air laut biasa.
’Mandian’ Tanah Lumpur
Membaca dengan terapung ‘relak’-kan?
Kepentingan dan Peranan Lautan
Lautan memainkan beberapa peranan dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem dan pengekalan suhu bumi.
Antaranya adalah Kitaran air ataupun kitaran hidrologi, sains dan kajian air di Bumi, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut. Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.
Selain itu, lautan mengekalkan suhu bumi melalui kitaran air. Ini boleh dicapaikan semasa air lautan yang bersuhu tinggi mengalir ke air lautan yang bersuhu rendah. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, air merupakan sejenis cacair yang mengandungi kapasiti panas yang tinggi (kemampuan untuk menyerap panas). Justeru, suhu bumi dapat dikekalkan.
Disediakan oleh
Kelvin Ong Horng Wei
S205889
Kelvin Ong Horng Wei
S205889