1

Pengenalan

Bumi
Ibu bumi yang didiami oleh kami,manusia dan makluk lain adalah berluas (permukaan) 510.073 juta km2  .Seperti yang diketahui,bumi kita boleh dibahagi kepada dua jenis permukaan, Darat dan  Lautan. Darat,iaitu permukaan bumi yang tidak dilitupi oleh air, berluas (permukaan)  sebanyak 148.94 juta km2 ,iaitu sebanyak 29.2% daripada surface area  keseluruhan bumi. Manakala ,untuk lautan ,iaitu  laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar, berluas (permukaan) sebanyak 361.132 juta km2 ,iaitu sebanyak 70.8% daripada surface area  keseluruhan bumi.
 
 
Tanah Daratan
 
Terdapat 7 benua, iaitu tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi. Mereka ialah Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Eropah, Oceania. Dalam asia, boleh lagi kami bahagikan kepada , Asia Utara, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Timur, Asia Barat dan Asia Timur lagi kepada Asia Tenggara Dan Asia Timur Laut. Di Asia Tenggara, terdapatlah Negara-negara seperti Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan di sini letaklah Negara yang kita cintai, Malaysia. Untuk pengetahuan saudara dan saudari,Timor Leste ialah sebuah Negara yang bersempadan dengan Negara Indonesia, Negara Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002. Apabila negara ini menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002, negara ini mahu dikenali sebagai Timor Leste

Jenis Daratan
Terdapat beberapa jenis daratan yang boleh dibahagikan kepada di Negara Malaysia Kami, iaitu Pulau, Banjaran, Gunung, Bukit, Tanjung dan Teluk. 
Pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Gugusan kepulauan dinamakan kepulauan. Secara ringkas, Artikel 121 mentakrifkan pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia. Contohnya,Pulau Pinang,Pulau Redang,Pulau Tioman.
 
Banjaran titiwangsa

Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.Beberapa buah gunung dilihat kelihatan ada siri atau ada deretan. Sesetengah banjaran menjadi garisan sempadan antara negara, sempadan antara negeri atau sempadan antara daerah. Contohnya di Banjaran Bintang di Perak, di atasnya ada Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m), Gunung Ulu Jernih (1577 m) dan lain-lain gunung dan bukit yang lebih rendah.
 

Tanah Tinggi Cameron dan Genting yang terletak di banjaran titiwangsa

Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar.Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung.Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan.Banjaran gunung Alps merupakan banjaran gunung yang terbesar di eropah dianggap masih muda.Ini dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.Tinggi gunung pada umumnya diukur dari ars laut, dengan itu menjadikan gunung Everest 8,848 meter (29,028 kaki) tertingi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung di ambil dari kaki gunung hingga ke puncak, gunung Mauna Kea di Hawai yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi. Bukit adalah lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung.
 
Gunung Everest
Gunung Kinabalu
Bukit Bendera
 

Tanjung ialah bahagian daratan yang menganjur ke laut kerana batuan keras tidak dapat dihakis oleh ombak laut.
Bahagian yang bersebelahan dengan tanjung ialah teluk.Teluk ialah bahagian pantai yang landai dan dihakis oleh ombak laut.

Lautan
Seperti yang dinyatakan, terdapat 2 jenis permukaan bumi iaitu permukaan darat dan permukaan air atay dikenali sebagai lautan. Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar. Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam, gas dan bahan-bahan terlarut lain. Permukaan air itu boleh dibahagikan kepada 5 lautan, iaitu Lautan Artik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Selatan.
 
Lautan Mati
Laut Kaspia (bahasa Inggeris:Laut Caspian) merupakan sebuah laut yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, dan oleh itu turut digelar tasik terbesar di dunia atau lautan mati. Oleh sebab airnya masin, ia mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, %, 3 kali ganda melebihi kemasinan air laut biasa.
’Mandian’ Tanah Lumpur
Membaca dengan terapung ‘relak’-kan?



Kepentingan dan Peranan Lautan
Lautan memainkan beberapa peranan dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem dan pengekalan suhu bumi.

Antaranya adalah Kitaran air ataupun kitaran hidrologi, sains dan kajian  air di Bumi, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut. Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.
 
Selain itu, lautan mengekalkan suhu bumi melalui kitaran air. Ini boleh dicapaikan semasa air lautan yang bersuhu tinggi mengalir ke air lautan yang bersuhu rendah. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, air merupakan sejenis cacair yang mengandungi kapasiti panas yang tinggi (kemampuan untuk menyerap panas). Justeru, suhu bumi dapat dikekalkan.

Disediakan oleh
Kelvin Ong Horng Wei
S205889
0

Pencemaran Tanah

Penggalian menunjukkan pencemaran tanah di sebuah loji gas lama.
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaranmenunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
Punca pencemaran
Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah).
Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.
Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan.
Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum. Contohnya, penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut.

Kesan pencemaran
Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam.

Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh.

 Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.

Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain.

Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur.Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

Runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.

Aliran piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993. 

Disediakan oleh
Siti Khatijah binti Nayan 
S205925

Pencemaran Air


Dapatkah anda bayangkan jika dunia ini tidak ada air ,tentulah tidak akan mempunyai I kepada kehidupan seperti sekarang.Pencemaran air merupakan perubahan air dari segi kandungan , keadaan , dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Ia boleh berlaku sama ada dari segi biologi , kimia , dan fizik.
   Klasifikasi mutu air ditetapkan menjadi empat kelas iaitu kelas satu , air yang digunakan untuk bahan baku air minuman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Kelas dua pula merupakan air yang digunakan untuk prasarana rekreasi air , pembudidayaan ikan air tawar , penternakan , dan pertanian atau perutukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Manakala kelas tiga ialah air yang digunakan untuk budidaya ikan air tawar , penternakan , dan mengairi pertanaman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Dan yang terakhir kelas empat iaitu air yang dapat digunakan untuk mengairi pertanaman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut.

   Jenis pencemaran air terbahagi kepada tiga iaitu pencemaran bahan organik , pencemaran bahan toksik , pencemaran terma ,dan pencemaran ekologikal. Apabila terdapat lebihan bahan organic seperti kumbahan memasuki air , pencemaran organik berlaku. Peningkatan bahan organik turut menyebabkan peningkatan bahan hancur , dan seterusnya akan mengakibatkan pengurangan oksigen. Tumbesaran bahan hancur memerlukan banyak oksigen dan ini mengakibatkan kematian organisma akuatik.
   Salah satu jenis pencemaran organik akan berlaku ketika bahan bukan organik seperti fosfat menjadi semakin banyak dalam sistem akuatik. Peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair berlaku akibat fosfat yang berkadar tinggi. Rumpair menjadi bahan organik lepas kematian. Ia akan mereput dengan pantas turut mengurangkan kadar oksigen. Proses peningkatan aktiviti oleh bahan hancur dan kekurangan kadar oksigen dikenali sebagai eutrophication.
   Pencemaran bahan toksik merupakan satu jenis pencemaran yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Bahan toksik adalah bahan yang mengandungi sifat fizikal , kimia , atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Bahan ini mempunyai beberapa sifat yang dapat dikesan sebagai bahan toksik , iaitu mudah terbakar , mudah menghakis , beracun , dan mudah bertindakbalas apabila bercampur dengan bahan lain. Terdapat tiga penyumbang besar kepada pencemaran bahan toksik iaitu racun serangga , racun rumpai , dan bahan buangan industri.
   Pencemaran terma juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam sistem akuatik. Apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk di sebuak kilang industri dan kembali ke sistem akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi , pencemaran terma berlaku. Manakala pencemaran ekologikal berlaku ketika salah satu jenis pencemaran diatas berlaku secara semulajadi tetapi bukan disebabkan aktiviti manusia. Sebagai contoh , apabila haiwan mati akan menyebabkan bahan organik yang berkuantiti besar mengalir ke dalam air.
   Bahan buangan domestik dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air. Terdapat banyak individu masyarakat yang membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai tanpa mengambil kira akibat yang teruknya akan berlaku. Sampah-sarap ini akan mereput dan seterusnya diuraikan oleh bakteria. Penguraian ini mengakibatkan kekurangan oksigen.
   Kilang-kilang juga dilabelkan sebagai punca pencemaran air. Kilang yang dibina di sepanjang sungai bagi menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai berkenan. Pencemaran berlaku apabila cecair kimia yang disalurkan itu tidak melalui proses rawatan yang teliti dan masih mengandungi toksid. Bahan-bahan toksid biasakan dikaitkan dengan bahan agrokimia.
   Selain itu , industri pertanian dan perlombongan juga menyumbang dalam mengakibatkan pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia yang disalirkan ke dalam sungai. Penggunaan yang berleluasa seperti baja dan pestisid turut mencemarkan air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah bukti nyata industri  perlombongan telah mencemarkan sumber air. Ini menjejaskan kehidupan akuatik dan sumber protein manusia.
   Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut juga dianggap sebagai punca pencemaran air. Contohnya , hospital telah banyak membuang bahan radioaktif yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air. Stesen nuklear juga membuang bahan pencemar air ke dalam sungai tanpa kawalan. Ujian-ujian bom juga adalah penyumbang pencemaran air.
   Kesan pencemaran air, contohnya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen dan fosforus di sampig sebatian-sebatian organik terlarut. Akibatnya , risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan mewujudkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut.
   Kesan yang kedua ialah kemusnahan hidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke laut adalah melalui sungai. Sungai mengalirkan pelbagai jenis racun ke dalam laut. Pengaliaran keluar air kumbahan menyumbang kepada pencemaran air. Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia.
   Kesan yang ketiga merupakan ancaman kesihatan manusia. Air yang tercemar mengakibatkan kemusnahan hidupan akuatik dan sekiranya manusia mengambil hidupan itu sebagai sumber makanan , kesihatannaya akan terancam. Manusia juga boleh menghidapi penyakit jika meminum air yang tercemar.
   Banjir merupakan salah satu kesan pencemaran air. Parit yang tersumbat akibat bahan buangan akan mengotori persekitaran apabila banjir berlaku. Ini secara langsung akan memusnahkan rantaian makanan.
   Langkah mengatasi pencemaran air supaya tidak dilepaskan secara terus ke dalam sistem perparitan adalah penyediaan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Pihak kerajaan patut memperuntukkan sejumlah wang untuk membina saluran paip khas untuk mengumpul bahan buangan sebelum disalirkan ke sistem perparitan.
   Bagi mengatasi pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai , bilangan tong sampah harus ditambah di pusat pengumpulan sampah. Tempat yang strategik harus dipilih bagi meletakkan tong sampah. Ini dapat memperbaiki pengurusan sampah yang lemah.
   Penyelenggaraan sistem parit berkala harus dilakukan iaitu sekali atau dua kali sebulan. Perangkap sampah juga perlu dipasang di sepanjang parit bagi memudahkan penyelenggaraan. Maka sekatan air tidak akan berlaku.
   Kempen kesedaran dapat memberi sedaran terhadap masyarakat yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Sikap mereka yang mementingkan diri sendiri akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap generasi akan datang.
   Kesimpulannya , pelbagai pihak harus menyedari tentang tanggungjawab mereka. Ini merangkumi pihak kerajaan , pengusaha kilang , dan masyarakat bekerjasama untuk menghentikan pencemaran air. 

Disediakan oleh 
Lee Sook Fern 
S205976
5

Pencemaran Udara


Pengenalan
Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain. Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga pada udara dalam, di mana kesan pencemaran udara dalaman adalah lebih memudaratkan kesihatan manusia berbanding dengan kesan udara luaran.

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara



Terdapatnya banyak punca berlakunya pencemaran udara. Antaranya ialah pelepasan asap daripada pembakaran bahan api, pembakaran sampah-sarap, cerobong asap kilang, ekzos kenderaan bermotor, asap rokok dan aktiviti masyarakat yang lain.
Debu daripada kilang papan, simen, asbestos ,batu kapur dan sebagainya, plumbum dan pembakaran bahan bercat juga menyumbang kepada pencemaran udara.
Di samping itu, gas-gas seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, sulfur dioksida dan hirokarbon juga merupakan bahan pencemar udara. Kesemua gas-gas ini boleh didapati daripada pembakaran, ekzos kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Radon pula merupakan sejenis gas yang terbebas secara semulajadi daripada tanah disebabkan pengudaraan yang kurang sesuai pada skruktur rumah pada zaman moden ini.
Bahan agrokimia yang biasa digunakan dalam kegiatan pertanian seperti penternakan dan penanaman menyumbang kepada pencemaran udara. Perternakan ini menghasilkan kuantiti najis yang banyak di mana ia membebaskan pelbagai jenis gas seperti ammonia ke persekitaran. Dari segi aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun ke atas tanaman adalah antara penyumbang utama masalah pencemaran udara.
Sumber semulajadi seperti letupan gunung berapi, kebakaran hutan boleh menyumbang kepada pencemaran udara. Akhirnya, sinaran radioaktif daripada stesen kuasa nuclear juga boleh menyebabkan pencemaran udara.

Punca Pencemaran Udara Malaysia


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.

Isi rumah juga menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Inilah punca jerebu yang kerap menyelubunyi ruang udara Malaysia. Ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya .

Kesan-kesan Pencemaran Udara



Terdapat banyak kesan akibat pencemaran udara. Antaranya ialah kesihatan manusia akan terjejas. Yang paling utamanya ialah pernafasan normal manusia akan terganggu.Oleh itu, akan berlakulah masalah serangan lelah pada pesakit asma, batuk-batuk, sesak nafas, penyakit barah dan lain-lain.
Selain itu, perubahan iklim seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, hujan asid dan sebagainya akan berlaku Ia juga menyebabkan pertanian tidak produktif. Kejadian-kejadian ini telah jelas mengganggu kehidupan seharian manusia.
Akibat daripada pencemaran udara, kemalangan mudah berlaku. Ini adalah kerana pembentukan asbut yang mengganggu penglihatan para orang. Masalah ini pernah serius sehingga pelajar-pelajar tidak perlu menghadiri sekolah.
Di samping itu, pencemaran yang semakin serius ini boleh mengotorkan persekitaran. Ini bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara dari segi bidang pelancongan malah boleh menjatuhkan imej negara .

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Masalah pencemaran udara yang semakin serius ini boleh diatasi dengan melakukan pelbagai perkara seperti menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan dan menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya. Masyarakat juga boleh kurangkan penggunaan kenderaan dan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka.

Selain itu, media massa perlu mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti gotong-royong, taman perumahan, dan sebagainya perlu diadakan sering. Dengan ini, masalah pencemaran udara ini boleh dikurangkan dan persekitaran alam sekitar kita juga akan kelihatan cantik.

Ibubapa dan guru-guru boleh mendidik kanak-kanak cara-cara untuk menjaga alam sekeliling sejak mereka kecil lagi. Golongan dewasa perlu mengamalkan amalan baik ini dan bukan cakap kosong sahaja supaya generasi muda dapat mengikut jejak mereka.

Yang pentingya penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.Contohnya pembakaran haram.

Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya. Oleh itu, kita perlu menjaga alam sekitar kita dengan baik supaya pencemaran boleh dikurangkan dan generasi muda dapat hidup dalam keadaan yang sihat.

Disediakan oleh
Ong Fong Chin 
S206025
3

Pemanasan Global


Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.

Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia. Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.


FAKTFOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita.Aktiviti perindustrian juga merupakan penyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.Semakin banyak gas karbon dioksida ini di bebaskan semakin banyak haba terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global. Peningkatan bilangan penduduk dan kawasan perumahan juga penyumbang kepada fenomena pemanas global ini. Hal ini kerana,apabila bilangan penduduk semakin bertambah, kawasan petempatan juga berkembang luas dan memerlukan kawasan tanah yang luas untuk membina petempatan baru. Contohnya, dulunya Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan hutan kemudiannya telah membangun dengan pesat disebabkan oleh penghijrahan besar-besaran berlaku seteusnya, banyak pembangunan telah membangun dengan pesatnya.


Selain itu,Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa
telah menyebabkan suhu dunia semakin meningkat.Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan bagi tujuan pembersihan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang.Karbon Monoksida misalnya dapat menghakis dan menipis lapisan ozon secara semulajadi sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi seterusnya mengakibatkan pemanasan global berlaku secara berleluasa.Pembakaran hutan yang terjadi disebabkan oleh cuaca yang terlampau panas dan kering yang biasanya berlaku di Amerika misalnya,dimana daun-daun kering tersebut terbakar dengan sendirinya ditambah pula dengan tiupan angin yang kuat.keadaan ini mengambil masa berminggu untuk menghentikan kebakaran tersebut.

Seterusnya,letusan gunung berapi yang merupakan faktor semulajadi juga merupakan salah satu punca terjadinya fenomena pemanasan global. Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL


Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati. Contohnya 20 buah pulau di Indosesia di jangka akan tenggelam pada tahun 2030 akibat daripada pemanasan global yang melampaui.

Akibat daripada peningkatan suhu bumi yang terlampau, boleh mengakibatkan fenomena kemarau atau kekeringan sumber air permukaan bumi.Hal ini menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Seterusnya, Kadar hujan akan berkurangan, udara menjadi kering serta persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara yang kering,ia memudahkan terbentuknya jerebu dan partikulat-partikulat terampai.Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Antara kesan lain pemanasan global adalah ia akan menjejaskan kesihatan penduduk di muka bumi. Hal ini kerana, bumi terdedah kepada pelbagai bahan-bahan tercemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,suflur dioksida dan sebagainya. Contoh penyakit yang disebabkan oleh peningkatan suhu ialah batuk kering,katarak kanser kulit,lelah dan sebagainya. Seterusnya,boleh mengakibatkan permasalahan pernafasan kerana pembebasan bahan-bahan tercemar mengakibatkan kekurangan oksigen dan udara yang segar. Kebanyakannya permasalahan ini terjadi di kawasan kota-kota besar dan di kawasan pembangunan seperti Kota New York, Kuala Lumpur, Beijing dan lain-lain kota-kota besar di dunia.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani fenomena pemanasan global ini ialah dengan melaksanakan kempen-kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diperhebatkan lagi agar masyarakat lebih terdedah kepada maklumat-maklumat terkini dan menyedari peranan masing-masing. Pihak media massa misalnya haruslah peka dan merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan informasi-informasi mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar baik media elektronik mahupun cetak. Contohnya, “kempen mencintai alam sekitar”, “Earth Hour” yang dilaksanakan di seluruh dunia dan sebagainya.

Seterusnya,pengurangan penebangan pokok-pokok ataupun kawasan hutan secara berleluasa dan tidak berlesen serta memperbanyakkan tumbuhan hijau.. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan karbon dioksida si udara adlah dengan dalah dengan memelihara pepohonan dan menanam pohon lebih banyak lagi. Pokok terutama yang muda dan cepat pertumbuhannya, menyerap karbon dioksida yang sangat banyak, memecahnya melalui fotosintesis, dan menyimpan karbon dalam kayunya. Di seluruh dunia, kawasan hutan telah mencapai level yang mengkhuatirkan.Di kawasan-kawasan tanaman yang tumbuh semula sedikit kerana tanah telah hilang kesuburannya ketika diubah untuk kegunaan yang lain, seperti untuk pertanian atau pembangunan petempatan. Langkah untuk mengatasi hal ini adalah dengan penghutanan semula yang berperan dalam mengurangi semakin meningkatnya suhu bumi. Penebangan pokok hanya boleh dilakukan apabila tanaman sudah mencapai tahap matang dan ukur lilit yang bersesuaian.

Konklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

Disediakan oleh
Suhaila binti Hitam Ibrahim 
S205913
 
Copyright © Generasiku