Pertumpahan Minyak



Pengenalan
Laut, menurut sejarahnya, terbentuk kira-kira 4,4 juta tahun yang lalu, meliputi lebih daripada 70 peratus daripada permukaan bumi. Kehidupan di Bumi, menurut para ahli, berawal dari lautan. Lautan merupakan khazanah kepada pelbagai sumber semula jadi seperti sumber makanan, sumber air serta sumber galian contohnya petroleum.

Lebih kurang 4 ribu tahun dahulu, manusia telah memulakan penggalian petroleum di serata dunia yang kini telah menjadi salah satu perindustrian terbesar di dunia. Namun begitu, dengan adanya teknoologi terkini manusia masih gagal mencegah berlakunya tragedi pertumpahan minyak. 

Faktor-faktor pertumpahan minyak


Pertumpahan minyak merupakan suatu fenomena pelepasan cecair petroleum hidrocarbon ke dalam alam sekitar akibat kegiatan manusia. Petroleum digunakan sebagai bahan pembakaran untuk menghasilkan sumber tenaga dalam kereta, pemanasan rumah  dan juga sumber untuk menjana kuasa elektrik. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap petroleum, pengangkutan petroleum dijalankan dalam quantiti yang besar darip tapak penggalian ke daratan. Keberangkalian besar kejadian pertumpahan minyak akan berlaku dalam proses penggalian, penghalusan, pengangkutan dan penyimpanan walaupun langkah-langkah pencegahan telah diambil.

Pertumpahan minyak berlaku akibat kebocoran tangki serta kemalangan antara kapal-kapal di lautan. Kemalangan antara kenderaan daratan terutamanya lori yang mengangkut petroleum dan kereta api juga akan menyebabkan minyak yang terbocor mengalir ke lautan melalui rangkaian air. Peperangan antara negara juga menyebabkan kejadian pertumpahan minyak berlaku.

Pengurusan sisa minyak yang tidak betul seperti pembuangan minyak kereta yang telah diguna ke dalam longkang juga merupakan antara faktor-faktor pertumpahan minyak. Air hujan akan membawa sisa minyak bersama dengan logam dan zarah daripada enjin kereta ke dalam lautan. Jikalau ini berlarutan, jumlah pembuangan minyak dapat menandingi jumlah pembocoran tangki kapal. Pembuangan sisa minyak oleh kilang-kilang untuk menjimatkan kos pemprosesan juga mengakibatkan pencemaran kepada laut.

Selain daripada kegiatan manusia, perembesan minyak mentah daripada bawah tanah lautan juga menyebabkan pertumpahan minyak. Sebanyak 1.5 juta barel minyak mentak akan merembes ke dalam lautan. 

Kesan-kesan Pertumpahan Minyak


Semasa pertumpahan minyak berlaku, minyak akan bercampuran dengan air dan mengakibatkan pencemaran kepada sumber air minuman, membunuh and meracuni kehidupan laut. Angin dan ombak membantu menyebar dan membubarkan minyak dalam laut. Sebahagian daripada pertumpahan minyak akan menguap, ada yang akan menjadi bebola tar dan tenggelam ke dalam laut, melepaskan hidrocarbon ke dalam air dari masa ke semasa.

Pertumpahan minyak juga akan membawa kesan yang memberangsangkan kepada rangkaian makanan hidupan laut. MInyak yang terapung di atas permukaan air laut akan mencemarkan plankton (tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil yang terapung di atas permukaan laut). Ikan-ikan kecil akan memakan plankton dan secara tidak langsung, ia juga akan termakan minyak yang tertumpah. Ikan-ikan besar dan manusia yang memakan ikan-ikan ini akan termakan minyak juga.

Minyak yang terapung akan menghalang cahaya matahari daripada menembusi permukaan air, menyekat proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan di permukaan bumi laut. Kesannya, sumber oksigen dalam laut akan berkurang. Secara langsungnya habitat dalam lautan akan dirosakkan. Minyak juga akan mengurangkan kemampuan bulu burung untuk menahan air. Burung yang termakan minyak akan diracuni dan mati sekiranya tidak menerima bantuan daripada manusia. 

Langkah-langkah Pembersihan, Pemulihan dan Pencegahan

Langkah-langkah pembersihan adalah mustahak dan patut diambil dengan segera untuk menghalang pertumpahan minyak daripada menyebar. Pertumpahan minyak bleh berlaku di lautan, persisiran pantai ataupun dalam tasik dan sungai. Cara pembersihan yang berlainan akan digunakan bergantung kepada lokasi berlakunya pertumpahan.



Minyak yang terapung di atas permukaan laut dapat dibersihkan dengan menggunakan penyodok. Alat-alat seperti mesin vakum atau tali plastik yang menyerap minyak digunakan untuk membersihkan minyak di permukaan laut. Bahan-bahan bio kimia juga digunakan untuk mempercepatkan proses pembersihan.

Minyak di persisiran pantai dapat dibersihkan secara manual, menggunakan alat untuk membersihkan bahan-bahan yang terkena minyak. Selain itu, air tekanan tinggi digunakan untuk membersihkan akumulasi minyak di persisiran pantai. Air yang diguna akan dikumpulkan dan dihantar untuk diproseskan.

Kesimpulannya, fenomena pertumpahan minyak mengakibatkan pencemaran yang merisaukan komuniti antarabangsa. Sebagai penghuni bumi, kita patut mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mencegah fenomena ini daripada berlaku sementara kita masih boleh berbuat sesuatu. Ingatlah warisan anak cucu kita. 

Disediakan oleh
Lim Chun Yee
S205874

3 comments:

Unknown said...

Info yang amat membantu saya dalam menghadapi PT3,Syukran!

Unknown said...

B

Unknown said...

Amat bagus!Bolehlah adik saya guna info for ulasan

Post a Comment

 
Copyright © Generasiku