Jerebu

          Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing dalam udara selain kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia  tumbuh-tumbuhan dan juga berbagai jenis binatang. Pada zaman globalisasi ini, dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini,kita sering mengalami masalah  jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi dipaparkan pada dada akhbar saban hari.Terdapat beberapa puca menyebabkan berlakunya  jerebu dan ia juga membawa kesan negatif kepada alam sekitar ini. Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan harus diambil untuk mengatasi masalah yang serius ini.
          
          Memang tidak dinafikan bahawa pembakaran secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran secara terbuka oleh negara jiran, iaitu di Kalimantan Indonesia pada tahun 1997 merupakan kejadian yang paling teruk. Pembakaran telah membawa padah apabila api sukar dikawal  serta menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Selain itu,pembakaran tersebut akan menghasilkan gas yang berbahaya seperti karbon monoksida. 
           
          Ekoran daripada proses urbanisasi telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk sama ada secara semula jadi atau migrasi. Jadi, pertambahan bilangan perindustrian akan membawa bahan pencemar yang dilepaskan oleh industry melalui proses pembakaran bahan api.
         
          Jerebu akan menjejaskan kesihatan manusia. Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulphur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Golongan kanak-kanak, warga tua dan juga mudah menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,pneumonia dan penyakit paru-paru. 
          
          Penguatkuasaan undang-undang yang ketat seperti Akta Alam Sekitar merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah ini.Pengusaha kilang yang membebaskan pelepasan asap kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang berat, supaya dapat menakutkan mereka. Kerajaan juga memastikan semua pengusaha kilang memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka. Jadi, penyaluran habuk dan gas-gas toksik dalam udara sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

          Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar, iaitu sama ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan  agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat, iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana aktiviti tersebut merupakan strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.

          Orang ramai haruslah bertanggungjawab dan bersama-sama menjaga alam sekitar ini.Rakyat haruslah banyak menggunakan kenderaan awam atau mengelakkan penggunaan kenderaan persendirian.Tambahan pula, amalan kongsi kereta juga boleh mengurangkan pencemaran udara.Pengguna kereta haruslah memastikan kenderaan tidak melepaskan asap hitam. Pennguna harus memastikan minyak hitam ditukar setiap perjalanan lima ribu kilometer serta pemeriksaan kereta.

          Akhir kata, masalah alam sekitar terutamannya jerebu bukanlah isu di peringkat sesebuah negara, malah sudah menjadi isu di peringkat global. Proses urbanisasi haruslah dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat. Pihak berkuasa harus mengawal dan merancang supaya tidak merosakkan alam sekitar. Kita haruslah menjaga keindahan alam sekitar, supaya generasi yang baharu dapat hidup dengan selesa.

Disediakan oleh
Ng Chong Shen 
S206115

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Generasiku