Pencemaran Air


Dapatkah anda bayangkan jika dunia ini tidak ada air ,tentulah tidak akan mempunyai I kepada kehidupan seperti sekarang.Pencemaran air merupakan perubahan air dari segi kandungan , keadaan , dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Ia boleh berlaku sama ada dari segi biologi , kimia , dan fizik.
   Klasifikasi mutu air ditetapkan menjadi empat kelas iaitu kelas satu , air yang digunakan untuk bahan baku air minuman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Kelas dua pula merupakan air yang digunakan untuk prasarana rekreasi air , pembudidayaan ikan air tawar , penternakan , dan pertanian atau perutukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Manakala kelas tiga ialah air yang digunakan untuk budidaya ikan air tawar , penternakan , dan mengairi pertanaman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut. Dan yang terakhir kelas empat iaitu air yang dapat digunakan untuk mengairi pertanaman atau peruntukan lain yang mempersyaratkan mutu air yang sama dengan kegunaan tersebut.

   Jenis pencemaran air terbahagi kepada tiga iaitu pencemaran bahan organik , pencemaran bahan toksik , pencemaran terma ,dan pencemaran ekologikal. Apabila terdapat lebihan bahan organic seperti kumbahan memasuki air , pencemaran organik berlaku. Peningkatan bahan organik turut menyebabkan peningkatan bahan hancur , dan seterusnya akan mengakibatkan pengurangan oksigen. Tumbesaran bahan hancur memerlukan banyak oksigen dan ini mengakibatkan kematian organisma akuatik.
   Salah satu jenis pencemaran organik akan berlaku ketika bahan bukan organik seperti fosfat menjadi semakin banyak dalam sistem akuatik. Peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair berlaku akibat fosfat yang berkadar tinggi. Rumpair menjadi bahan organik lepas kematian. Ia akan mereput dengan pantas turut mengurangkan kadar oksigen. Proses peningkatan aktiviti oleh bahan hancur dan kekurangan kadar oksigen dikenali sebagai eutrophication.
   Pencemaran bahan toksik merupakan satu jenis pencemaran yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Bahan toksik adalah bahan yang mengandungi sifat fizikal , kimia , atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Bahan ini mempunyai beberapa sifat yang dapat dikesan sebagai bahan toksik , iaitu mudah terbakar , mudah menghakis , beracun , dan mudah bertindakbalas apabila bercampur dengan bahan lain. Terdapat tiga penyumbang besar kepada pencemaran bahan toksik iaitu racun serangga , racun rumpai , dan bahan buangan industri.
   Pencemaran terma juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam sistem akuatik. Apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk di sebuak kilang industri dan kembali ke sistem akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi , pencemaran terma berlaku. Manakala pencemaran ekologikal berlaku ketika salah satu jenis pencemaran diatas berlaku secara semulajadi tetapi bukan disebabkan aktiviti manusia. Sebagai contoh , apabila haiwan mati akan menyebabkan bahan organik yang berkuantiti besar mengalir ke dalam air.
   Bahan buangan domestik dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air. Terdapat banyak individu masyarakat yang membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai tanpa mengambil kira akibat yang teruknya akan berlaku. Sampah-sarap ini akan mereput dan seterusnya diuraikan oleh bakteria. Penguraian ini mengakibatkan kekurangan oksigen.
   Kilang-kilang juga dilabelkan sebagai punca pencemaran air. Kilang yang dibina di sepanjang sungai bagi menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai berkenan. Pencemaran berlaku apabila cecair kimia yang disalurkan itu tidak melalui proses rawatan yang teliti dan masih mengandungi toksid. Bahan-bahan toksid biasakan dikaitkan dengan bahan agrokimia.
   Selain itu , industri pertanian dan perlombongan juga menyumbang dalam mengakibatkan pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia yang disalirkan ke dalam sungai. Penggunaan yang berleluasa seperti baja dan pestisid turut mencemarkan air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah bukti nyata industri  perlombongan telah mencemarkan sumber air. Ini menjejaskan kehidupan akuatik dan sumber protein manusia.
   Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut juga dianggap sebagai punca pencemaran air. Contohnya , hospital telah banyak membuang bahan radioaktif yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air. Stesen nuklear juga membuang bahan pencemar air ke dalam sungai tanpa kawalan. Ujian-ujian bom juga adalah penyumbang pencemaran air.
   Kesan pencemaran air, contohnya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen dan fosforus di sampig sebatian-sebatian organik terlarut. Akibatnya , risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan mewujudkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut.
   Kesan yang kedua ialah kemusnahan hidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke laut adalah melalui sungai. Sungai mengalirkan pelbagai jenis racun ke dalam laut. Pengaliaran keluar air kumbahan menyumbang kepada pencemaran air. Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia.
   Kesan yang ketiga merupakan ancaman kesihatan manusia. Air yang tercemar mengakibatkan kemusnahan hidupan akuatik dan sekiranya manusia mengambil hidupan itu sebagai sumber makanan , kesihatannaya akan terancam. Manusia juga boleh menghidapi penyakit jika meminum air yang tercemar.
   Banjir merupakan salah satu kesan pencemaran air. Parit yang tersumbat akibat bahan buangan akan mengotori persekitaran apabila banjir berlaku. Ini secara langsung akan memusnahkan rantaian makanan.
   Langkah mengatasi pencemaran air supaya tidak dilepaskan secara terus ke dalam sistem perparitan adalah penyediaan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Pihak kerajaan patut memperuntukkan sejumlah wang untuk membina saluran paip khas untuk mengumpul bahan buangan sebelum disalirkan ke sistem perparitan.
   Bagi mengatasi pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai , bilangan tong sampah harus ditambah di pusat pengumpulan sampah. Tempat yang strategik harus dipilih bagi meletakkan tong sampah. Ini dapat memperbaiki pengurusan sampah yang lemah.
   Penyelenggaraan sistem parit berkala harus dilakukan iaitu sekali atau dua kali sebulan. Perangkap sampah juga perlu dipasang di sepanjang parit bagi memudahkan penyelenggaraan. Maka sekatan air tidak akan berlaku.
   Kempen kesedaran dapat memberi sedaran terhadap masyarakat yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Sikap mereka yang mementingkan diri sendiri akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap generasi akan datang.
   Kesimpulannya , pelbagai pihak harus menyedari tentang tanggungjawab mereka. Ini merangkumi pihak kerajaan , pengusaha kilang , dan masyarakat bekerjasama untuk menghentikan pencemaran air. 

Disediakan oleh 
Lee Sook Fern 
S205976

1 comments:

Unknown said...

Tepat, Ringkas & Terperinci.. :D

Post a Comment

 
Copyright © Generasiku