Pencemaran Udara


Pengenalan
Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain. Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga pada udara dalam, di mana kesan pencemaran udara dalaman adalah lebih memudaratkan kesihatan manusia berbanding dengan kesan udara luaran.

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara



Terdapatnya banyak punca berlakunya pencemaran udara. Antaranya ialah pelepasan asap daripada pembakaran bahan api, pembakaran sampah-sarap, cerobong asap kilang, ekzos kenderaan bermotor, asap rokok dan aktiviti masyarakat yang lain.
Debu daripada kilang papan, simen, asbestos ,batu kapur dan sebagainya, plumbum dan pembakaran bahan bercat juga menyumbang kepada pencemaran udara.
Di samping itu, gas-gas seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, sulfur dioksida dan hirokarbon juga merupakan bahan pencemar udara. Kesemua gas-gas ini boleh didapati daripada pembakaran, ekzos kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Radon pula merupakan sejenis gas yang terbebas secara semulajadi daripada tanah disebabkan pengudaraan yang kurang sesuai pada skruktur rumah pada zaman moden ini.
Bahan agrokimia yang biasa digunakan dalam kegiatan pertanian seperti penternakan dan penanaman menyumbang kepada pencemaran udara. Perternakan ini menghasilkan kuantiti najis yang banyak di mana ia membebaskan pelbagai jenis gas seperti ammonia ke persekitaran. Dari segi aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun ke atas tanaman adalah antara penyumbang utama masalah pencemaran udara.
Sumber semulajadi seperti letupan gunung berapi, kebakaran hutan boleh menyumbang kepada pencemaran udara. Akhirnya, sinaran radioaktif daripada stesen kuasa nuclear juga boleh menyebabkan pencemaran udara.

Punca Pencemaran Udara Malaysia


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.

Isi rumah juga menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Inilah punca jerebu yang kerap menyelubunyi ruang udara Malaysia. Ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya .

Kesan-kesan Pencemaran Udara



Terdapat banyak kesan akibat pencemaran udara. Antaranya ialah kesihatan manusia akan terjejas. Yang paling utamanya ialah pernafasan normal manusia akan terganggu.Oleh itu, akan berlakulah masalah serangan lelah pada pesakit asma, batuk-batuk, sesak nafas, penyakit barah dan lain-lain.
Selain itu, perubahan iklim seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, hujan asid dan sebagainya akan berlaku Ia juga menyebabkan pertanian tidak produktif. Kejadian-kejadian ini telah jelas mengganggu kehidupan seharian manusia.
Akibat daripada pencemaran udara, kemalangan mudah berlaku. Ini adalah kerana pembentukan asbut yang mengganggu penglihatan para orang. Masalah ini pernah serius sehingga pelajar-pelajar tidak perlu menghadiri sekolah.
Di samping itu, pencemaran yang semakin serius ini boleh mengotorkan persekitaran. Ini bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara dari segi bidang pelancongan malah boleh menjatuhkan imej negara .

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Masalah pencemaran udara yang semakin serius ini boleh diatasi dengan melakukan pelbagai perkara seperti menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan dan menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya. Masyarakat juga boleh kurangkan penggunaan kenderaan dan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka.

Selain itu, media massa perlu mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti gotong-royong, taman perumahan, dan sebagainya perlu diadakan sering. Dengan ini, masalah pencemaran udara ini boleh dikurangkan dan persekitaran alam sekitar kita juga akan kelihatan cantik.

Ibubapa dan guru-guru boleh mendidik kanak-kanak cara-cara untuk menjaga alam sekeliling sejak mereka kecil lagi. Golongan dewasa perlu mengamalkan amalan baik ini dan bukan cakap kosong sahaja supaya generasi muda dapat mengikut jejak mereka.

Yang pentingya penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.Contohnya pembakaran haram.

Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya. Oleh itu, kita perlu menjaga alam sekitar kita dengan baik supaya pencemaran boleh dikurangkan dan generasi muda dapat hidup dalam keadaan yang sihat.

Disediakan oleh
Ong Fong Chin 
S206025

5 comments:

Unknown said...

where is the " mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih " .. tulis lain .. dpt lain .. :p..

Unknown said...

haah, tau xpe. haih... pnt btl la PBS skang ni..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kami mempunyai penyelesaian untuk mengurangkan pencemaran udara yang berkait secara langsung dengan penggunaan diesel seperti lori, bus dan jentera berat. Produk kami adalah emulsi diesel dengan air adalah produk diesel ditambah nilai seperti yang dihasilkan oleh syarikat minyak ternama Aquadiesel (Shell) dan Aspira (BP).

MN Fuel Solutions Sdn Bhd mempunyai paten dalam menghasilkan Kleen Diesel ini yang berkualiti.

Antara kelebihan Kleen Diesel:
1. Murah dari harga pasaran
2. Memberi lebih KM dengan pembakaran diesel lebih lengkap
3. Kurang opasiti asap dan pelepasan karbon, Nox
4. Pengecaman mudah untuk mengekang penyelewengan diesel
5. Mematuhi European Standard CEN CWA 15145: 2004

Sesuai untuk
1. Lori/Trailer/Jentera
2. Generator Diesel
3. Industri perkapalan

Terma
1. MOQ 1000 liter
2. Percuma penghantaran untuk 11000 liter ke atas di sekitar Lembah Klang
3. Cash Before Delivery (CBD)
Kapasiti Pengeluaran Kami: 50,000 liter sehari

TAWARAN TERHAD: Percuma sampel 50 liter Kleen Diesel apabila anda melawat fasiliti kami (Selagi stok masih ada)

Sila hubungi kami untuk temujanji mahupun pembelian di
MN Fuel Solutions Sdn Bhd
+603-7885 8663
Kompleks Kilang SME, Sunway Damansara

Bakal pelanggan asli dan ejen juga dialu-alukan.

izzi said...

Good content, hope you are well and keep it up.
water treatment system malaysia

Post a Comment

 
Copyright © Generasiku